Sorotan Peristiwa: Permulaan Pondok Perdana

 

Sejarah perjalanan Pertubuhan Pondok Perdana menjadi lebih menarik apabila YB Dato’ Sri Mustapha Mohamad, Yayasan Darul Naim telah bersetuju dan bermurah hati memberi sedekah jariah kepada Pertubuhan Pondok Perdana ( PPP).

Sedekah jariah berbentuk sebuah Kompleks Pusat Dakwah Jeli di Bukit Bunga yang telah siap dibina dan beroperasi adalah sangat bermakna.

Perbincangan untuk penyerahan ini telah diadakan di Masjid Negara pada bulan Jun 2018 . Perbincangan ini turut dihadiri oleh Pengerusi Pondok Perdana Prof Emiritus Dato Dr Mahmood Zuhdi dan Pengerusi JawatanKuasa Akademik Pondok Perdana Dato’ Seri Prof Dr Mashkuri Yacob. Surat penyerahan rasmi telah disampaikan kepada Pengerusi PPP pada 1 Sep 2018.

Kompleks dakwah ini seluas 6 ekar dan telah pun siap sepenuhnya dengan kemudahan dewan besar, asrama lelaki dan wanita yang boleh menempatkan 160 orang peserta, bilik makmal komputer, surau, rumah rehat VIP dan semua bilik-bilik keperluan seminar dan kursus.

PPP telah menubuhkan sebuah badan pengurusan yang ditadbir oleh JK Pengurusan Pondok Perdana Darul Naim-Bukit Bunga yang dipengerusi oleh Dr Suhaimi untuk urusan  pengambilalihan kompleks ini.

Pusat dakwah ini akan dijadikan kampus pertama pusat pengajian Pondok Perdana Darul Naim-Bukit Bunga. 

 

Klik Pautan : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=108722463423510&id=100028572696686

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *