Pertubuhan Pondok Perdana ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 23 Jun 2017. Pertubuhan ini bernaung di bawah Majlis Dakwah Negara. Ianya dipengerusikan oleh Prof. Emeritus Dato’Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid, juga merupakan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN).

Matlamat dan objektif penubuhannya ialah untuk membina dan mengendalikan Pusat-Pusat Pengajian Pondok Moden di setiap negeri sebagai model kepada Pondok-Pondok Pengajian yang sedia ada dengan nama institusinya PONDOK PERDANA bagi memartabatkan sistem pengajian pondok di negara ini tanpa meminggirkan ciri-ciri pengajian tradisionalnya berteraskan kepada sistem pengajian talaqqi yang menggunakan kitab-kitab turath. Pondok Perdana ini akan mengintegrasikan sistem pengajian tradisional, kemahiran hidup dan juga kemahiran teknikal.

MATLAMAT & OBJEKTIF PENUBUHAN PERTUBUHAN PONDOK PERDANA

Membangunkan sebuah Institusi Pengajian Islam iaitu Pondok Perdana yang mengintegrasikan kecemerlangan pendidikan tradisional dengan pendidikan moden yang lebih profesional.

Menguruskan pembinaan kampus-kampus cawangan Pondok Perdana di setiap negeri di Malaysia dengan membina satu institusi pondok bagi satu negeri sebagai model Pondok Moden dengan kerjasama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri.

Menjadi badan pemudah cara dan penyelaras kepada badan-badan korporat serta individu korporat yang berhasrat untuk melabur dan berinfaq serta berwaqaf untuk pembangunan pendidikan Islam berkonsepkan pengajian pondok moden untuk amal jariah.

CARTA ORGANISASI

PROF. EMERITUS
DATO’ DR MAHMOOD ZUHDI HJ AB MAJID

Pengerusi

PROF. EMERITUS DATO’ ZAKARIA BIN STAPA

Timbalan pengerusi

DR. MUHAMMAD HAKIMI BIN SHAFIAI

Setiausaha Agong

TAN SRI DATO’ SERI DR ZULKURNAIN AWANG

Bendahari

DR. MASITAH BT ESA

Penolong
Setiausaha Agong

AHLI JAWATAN KUASA TERTINGGI

PROF. EMERITUS DATO’ SERI DR MASHKURI BIN YACOB

DATO’ JEFRIDIN BIN ATAN

DR. IR. MUHAMMAD FUAD YEOH ABDULLAH

KAPT (B) SHAMSUDDIN MONER

HJ NORDIN MAHAMUD

PROF DATO’ DR TORLA BIN HASAN

MOHAMMAD SYAFIRUL ZARIF BIN SALEH HUDIN

Setiausaha Kerja

carousel 5
carousel 2
carousel 3
carousel 4
carousel 7
carousel 8
carousel 1