KULIAH TAFSIR DI PONDOK BUKIT BUNGA

Pada tarikh 28 Sep (Jumaat) jam 9.00 pagi. Ustazah Hajah Sharipah Bt C. Bedolah dijemput oleh Pondok Perdana Darul Naim Kampus Bukit Bunga memberi kuliah tafsir Al Quran: Surah An Nisa’ ayat 139.

Program ini diselaraskan oleh Ust Hj Ismail, Pengerusi Surau Pondok Perdana merangkap  Imam Besar Surau ini. Kehadiran lebih 100 orang kaum ibu terutamanya  dari sekitar Jeli dan Tanah Merah.

Mengikut perancangan sedia ada selepas ini Pondok Perdana akan menyusun jadual kuliah Tahsinul alquran setiap Isnin-Khamis mulai jam 9.00 pagi-11.00 pagi untuk penduduk sekitar.

Surau ini juga akan diimarahkan dengan pengisian  kuliah-kuliah mingguan pada setiap Jumaat dan Sabtu secara berkala.

 

Klik Pautan : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=123152488647174&id=100028572696686

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *