Brainstorming Penyediaan Pelan Reka Pembangunan Pondok Perdana Darul Makmur-Kampus Kg Awah, Pahang

 

24 Sep 2018 di Pejabat Pace Design Architects, Tmn Sri Rampai KL. Tuan Ar. Hj Muhamad Ridha Abdullah Lua Principal of Pace Design Architects telah membentangkan deraf awal pelan reka bentuk pembangunan kampus pondok perdana yg dicadang atas sebidang tanah seluas 4 ekar di Kg Awah.

Dr Sobri Salamon selaku penyumbang tanah ini kepada Pondok Perdana telah hadir sama dengan Ketua Sekretariat Pondok Perdana, Kapt Shamsuddin Moner bagi memberi informasi dan  maklumbalas kepada Arkitek Hj Ridha untuk penambahbaikan dan memperjelasan konsep pembangunan.

Ianya supaya selari dengan metod pengajian di pondok ini nanti. 

Turut hadir ialah Ustaz  Suhardiman Mohd lazim, Penyelaras JK Pembangunan Pondok Perdana Kampus Kampung Awah.

Komponen Bangunan Di Kompleks Pondok Perdana Darul Makmur-Kg Awah terdiri daripada :

1. Bangunan Surau – kapasiti untuk 300 jemaah.

2. Bangunan Akademik 2 Tingkat- mengandungi Dewan Kuliah, 12 bilik Darjah, pejabat (Bilik sheikh pondok dan guru), perpustakaan.

3. Dewan Serbaguna (Dewan Besar).

4. Kantin/ Rumah masak.

5. Asrama penginapan pelajar ( Dometri- 5 orang sebilik dgn singgle bed) – 4 tingkat. Setiap tingkat ada bilik penginapan utk guru bujang.

6. Rumah penginapan guru (keluarga)- 6 kelamin

7. Rumah Sebuah utk sheikh pondok.

8. Bangunan penginapan untuk menempatkan 20 org lelaki dan 20 org wanita untuk peserta pengajian pondok umumi (Dewasa)

9. Padang permainan.

10. Pondok/ Balai Pengawal.

Anggaran kos keseluruhan adalah bernilai RM 19 juta.

 

Klik Pautan : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=120590308903392&id=100028572696686

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *