TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA DR. MOHAMAD KAMIL BIN HAJI ABDUL MAJID

TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA DR. MOHAMAD KAMIL BIN HAJI ABDUL MAJID

Pertubuhan Pondok Perdana mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Ahli Keluarga Dr. Mohamad Kamil Bin Haji Abdul Majid atas kembalinya kerahmatullah pada malam tadi (20 Julai 2022).

Dr. Mohamad Kamil bin Haji Abdul Majid ialah seorang tokoh akademik dan pendakwah di Malaysia. Beliau merupakan Pengerusi dan pengasas Yayasan Usuluddin Malaysia sejak 2016 dan pernah memegang jawatan penting di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Almarhum dilahirkan pada 1950 di Kampung Kayu Rendang, Kota Bharu, Kelantan itu juga adalah adik kepada seorang tokoh Islam Malaysia, Profesor Emiritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Semoga Allah memberikan rahmat dan pengampunan serta kedudukan yang mulia kepada almarhum. Moga Allah limpahkan kesabaran dan ketabahan kepada ahli keluarga. Moga Allah berikan rahmat dan keredhaan kepada kehidupan mereka dunia dan akhirat. Ameen Yarabbal Alamin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *