Dr Sobri Salamon sumbangkan tanah kepada Pertubuhan Pondok Perdana

 

Pihak Pertubuhan Pondok Perdana mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dr Sobri Salamon  atas sumbangan tanahnya Di Lot 6493 Kg Awah, Maran, Pahang sebagai sedekah jariah kepada Pertubuhan Pondok Perdana.

Pertubuhan Pondok Perdana akan membangunkan tanah yang berkeluasan 4 ekar ini sebagai Kampus Pondok Perdana Darul Makmur Cawangan Maran.

Pada masa ini kerja-kerja pengukuran tanah dan penyediaan Pelan Reka Pembangunan kampus ini sedang dijalankan.

Pada  9 Ogos 2018 yang lalu beberapa Ahli Jawatankuasa  Pembangunan Pondok Perdana Darul Makmur dan Dr Sobri Salamon telah membuat tinjauan ke lapangan tanah berkenaan.

Semoga ianya dapat direalisasikan sebagai pilot projek Pondok Perdana di Pahang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *