SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA KEPADA RAKYAT MALAYSIA

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Pertubuhan Pondok Perdana (Pondok Perdana) ingin mengucapkan selamat menyambut hari pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam pada itu juga pihak Pondok Perdana ingin menyeru supaya kita menambahkan keazaman diri menjadi pekerja yang lebih cemerlang dalam bidang masing-masing.

Perbaikilah diri sewaktu menjalankan tugas dari segi intergriti. Intergriti boleh diukur dengan melihat prestasi kerja tanpa ketua berada dihadapan mata.

Selain itu pertingkatkanlah kecerdasan diri agar keupayaan untuk menetapkan keutamaan, merancang, menyelesaikan tugas yang diberi dan menyelesaikan masalah terlaksana dengan lebih berkesan.

Pondok Perdana juga menyeru agar kecekapan diri dipertingkatkan terutama dalam melaksana dan menyelesaikan tugasan, mencari maklumat atau dalam mengendalikan masalah.

Semoga Allah sentiasa memberikan keafiatan dan kesejahteraan kepada kita semua dan menjadikan bumi Malaysia terus aman dan harmoni serta gemilang.

Daripada
Prof Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid
Pengerusi Pertubuhan Pondok Perdana

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *