UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM USTAZ DATO’ HAJI ISMAIL BIN KAMUS

UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM USTAZ DATO’ HAJI ISMAIL BIN KAMUS

‎اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

‎بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ ۞ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِالرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْن ۞

Pertubuhan Pondok Perdana (Pondok Perdana) mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga Allahyarham Ustaz Dato’ Haji Ismail bin Kamus yang kembali kerahmatullah pada Hari Jumaat,15 Ramadan 1441H/ 8 Mei 2020 jam 12.30 malam.

Allahyarham Ustaz Dato’ Haji Ismail Bin Kamus dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening, Rasa, Ulu Selangor.

Pernah menjadi guru agama di sekolah rendah dan menengah, pengawai penyelidik dan juga pegawai dakwah. Selain bertugas selama 15 tahun dipelbagai jabatan termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pusat Islam, Kuala Lumpur, Tuan Guru juga pernah mengajar bahasa Arab di INTAN selama 6 tahun sebelum memilih untuk bersara. Disamping itu, beliau turut menjadi pakar rujuk di BAHEIS, Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Tuan Guru Dato’ Haji Ismail Kamus kemudiannya menjadi pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di seluruh negara di samping beberapa buah negara lain seperti United Kingdom, Brunei, Amerika Syarikat dan Singapura.

Beliau turut mengasaskan Perubatan Islam Darus Salam dan berguru dengan Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din.

Allahyarham pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor pada 1433 Hijrah.

Semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin dan syuhada’.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدْ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَما نَقَّيْتَ الثَّوْبُ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجاً خَيْراً مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

Ya Allah! Ampunilah baginya, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia. Muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah tempat masuk (kuburnya). Sucikanlah dia dengan air, salji dan air batu, bersihkanlah dia dari dosa-dosa sebagaimana Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran. Gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah dia ke Syurga dan hindarilah dia dari azab kubur dan azab Neraka.

Daripada
Prof Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid
Pengerusi Pertubuhan Pondok Perdana

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *