MEMBINA JALAN KE SYURGA DENGAN BERINFAQ ATAU SUMBANGAN JARIAH DI PONDOK PERDANA

MEMBINA JALAN KE SYURGA DENGAN BERINFAQ ATAU SUMBANGAN JARIAH DI PONDOK PERDANA

Ketahuilah bahawa salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah, sumbangan jariah atau infaq harta

Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam:

‏اليد العليا خير من اليد السفلى واليد العليا هي المنفقة واليد السفلى هي السائلة

“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” (HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)

Sabdanya lagi:

إنَّما الدنيا لأربعة نفر: عبد رزقه الله مالاً وعلماً فهو يتقي فيه ربه ويصل فيه رحمه، ويعلم لله فيه حقاً فهذا بأفضل المنازل

“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rezeki oleh Allah serta kefahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyedari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR. Tirmidzi, no.2325,: “Hasan shahih”)

Terdapat ratusan dalil yang menceritakan keberuntungan, keutamaan, kemuliaan orang-orang yang bersedekah dan berinfaq.

Pihak Pertubuhan Pondok Perdana (Pondok Perdana) menzahirkan rasa setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penyumbang jariah untuk pembangunan Pondok Perdana.

Sesungguhnya sumbangan ini sangat memberi manfaat kepada pergerakan aktiviti-aktiviti untuk kemajuan Pondok Perdana yang sentiasa komited melahirkan generasi muda yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi.

Sokongan masyarakat terhadap Pondok Perdana sentiasa dialu-alukan dan dihargai.

HULURKAN JARIAH ANDA KE TABUNG INFAQ PONDOK PERDANA DI

CIMB BANK : NO. AKAUN – 8603179439
BANK MUAMALAT : NO.AKAUN-0604 0000 771715

(Jom LIKE & FOLLOW Page Pertubuhan Pondok Perdana))

#pertubuhanpondokperdana #pondokperdana

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *