BUKIT BUNGA : Pertubuhan Pondok Perdana (Pondok Perdana) bermisikan membangunkan sebuah Institusi Pengajian Islam iaitu Pondok Perdana yang mengintegrasikan kecemerlangan pendidikan tradisional dengan pendidikan moden yang lebih profesional.
Untuk kearah yang lebih cemerlang Pondok Perdana juag akan cuba menguruskan pembinaan kampus-kampus cawangan Pondok Perdana di setiap negeri di Malaysia dengan membina satu institusi pondok bagi satu negeri sebagai model Pondok Moden dengan kerjasama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri.
Maka jelas sekali Pondok Perdana, hakikatnya telah bersedia untuk menjadi badan pemudah cara dan penyelaras kepada badan-badan korporat serta individu korporat yang berhasrat untuk melabur dan berinfaq serta berwaqaf untuk pembangunan pendidikan Islam berkonsepkan pengajian pondok moden untuk amal jariah.
Pada 2 Sepetember 2019, Pondok Perdana telah berjaya memulakan program pengajiannya di peringkat Pra yang menawarkan kursus kemahiran bahasa arab dan bahasa inggeris secara serentak dalam tempoh selama dua tahun .
Kursus kemahiran tersebut dikelolakan oleh para guru terlatih dalam kedua-dua bidang kemahiran tersebut yang terdiri dari rakyat tempatan dan dari luar negara.
Tarikh 2 September 2019 juga tercatat sebagai sejarah Pondok Perdana dengan kemasukan 5 orang pelajar yang akan mengikuti kursus yang ditawarkan selama 2 tahun.
Bersempena dengan permulaan tersebut satu upacara ringkas yang dihadiri oleh para pemimpin Pondok Perdana Pusat Negeri Kelantan dan para pemimpin Pondok Perdana Darul Naim Kampus Bukit Bunga sendiri.
Dalam majlis tersebut juga telah diadakan taklimat khas yang disampaikan oleh Pengerusi Pertubuhan Pondok Perdana, Profesor Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Hj Abd Majid.
Manakala Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Dr. Suhaimi, Pengerusi Pondok Perdana Darul Naim Bukit Bunga merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Pondok Perdana Bukit Bunga
Antara yang turut hadir meraikan hari bersejarah ini ialah Dato Abd Halim Hamat Pengerusi JK Pondok Perdana Darul Naim Negeri Kelantan., Dato A. Aziz Deraman, Ustaz Mohd Hana Pizi b Abdullah Imam Besar Masjid Muhammadi Kota Bharu, Ustaz Murtadha Abdullah Pegawai Agama Majlis Agama Islam Kelantan. Kesemuanya adalah Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Pondok Perdana Negeri Kelantan.
Turut hadir ialah Tuan Haji Nadzirin, Puan Azua, Dr Rokimah dan Dr Wan Cik para pegawai Pertubuhan Pondok Perdana Pusat dan Pondok Perdana Darul Ulum Kampus Wilayah Persekutuan
Manakala pendaftaran pelajar telah diuruskan oleh Pendaftar Pertubuhan Pondok Perdana Darul Naim ( PPDN) Haji Mat Salleh. Sesi penerangan pula telah disampaikan oleh Dato’ Aziz Deraman
HULURKAN SEDEKAH JARIAH KE TABUNG INFAQ PONDOK PERDANA DI MAYBANK ISLAMIC : NO.AKAUN- 5660 1062 7805