IMPIAN MENJADI KENYATAAN : PONDOK PERDANA MULAKAN KURSUS ASASI BAHASA ARAB DAN BAHASA INGGERIS

BUKIT BUNGA : Tarikh 2 September 2019 menjadi sejarah tersendiri kepada Pertubuan Pondok Perdana (Pondok Perdana) kerana menerima kemasukan seramai 5 orang pelajar di Pondok Perdana Darul Naim Kampus Bukit Bunga, Kelantan.

5 orang pelajar ini telah mendaftar untuk  mengikuti Kursus Asasi Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Kesemua Ibu- bapa pelajar ini turut hadir bersama menghantar anak-anak mereka.

Malahan dalam meraikan pendaftaran kemasukan pelajar ini, Pegawai-pegawai dari Majlis Dakwah Negeri Kelantan, Pertubuhan Pondok Perdana Pusat dan Pengerusi dan Jawatankuasa Pondok Perdana Darul Naim Kampus Bukit Bunga turut hadir untuk meraikan pelajar-pelajar tersebut.

Seusai pendaftaran satu taklimat mengenai Kursus Asasi Dan Pengajian serta prospek pelajar telah disampaikan sendiri oleh Pengerusi Pertubuhan Pondok Perdana, Profesor Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Hj Abd Majid.

Pertubuhan Pondok Perdana (Pondok Perdana) diinisiatifkan penubuhannya oleh Majlis Dakwah Negara (MDN) pada Februari 2017 atas usahasama Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ianya dipengerusikan oleh Prof. Emeritus Dato’Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid yang juga merupakan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN).

Matlamat dan objektif penubuhannya ialah untuk membina dan mengendalikan Pusat-Pusat Pengajian Pondok Moden di setiap negeri sebagai model kepada Pondok-Pondok Pengajian yang sedia ada.

Selain itu Pondok Perdana juga adalah inisitaif  memartabatkan sistem pengajian pondok di negara ini tanpa meminggirkan ciri-ciri pengajian tradisionalnya berteraskan kepada sistem pengajian talaqqi yang menggunakan kitab-kitab turath. Pondok Perdana ini akan mengintegrasikan sistem pengajian tradisional, kemahiran hidup dan juga kemahiran teknikal.

Pihak Pondok Perdana mengucapkan selamat berjaya kepada semua para pelajar yang mengikuti kursus ini.

 

HULURKAN SEDEKAH JARIAH KE TABUNG INFAQ PONDOK PERDANA DI MAYBANK ISLAMIC: NO.AKAUN- 5660 1062 7805

Taklimat oleh Pengerusi Pertubuhan Pondok Perdana Profesor Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Hj Abd Majid
Pendaftaran pelajar
Pendaftaran pelajar oleh Pendaftar PPDN, BB, Hj Mat Salleh
Gambar kenangan bersama VIP yang turut hadir

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *