Penyerahan Pusat Dakwah Jeli antara Mustapa dan Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid

Pondok Perdana ambil alih Pusat Dakwah Jeli

JELI – Pertubuhan Pondok Perdana secara ras­minya mengambil alih pengurusan Pusat Dakwah Jeli selepas penubuhannya kira-kira 11 tahun lalu.

Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed selaku individu yang ber­tanggungjawab ke atas penu­buhan pusat tersebut berkata, penyerahan itu dilakukan demi kelangsungan institusi berkenaan dalam mengem­bangkan dakwah di daerah ini.

“Kita dah 11 tahun uruskan pusat ini iaitu sejak 2007, oleh kerana beberapa kekangan kita serahkan kepada Pertubuhan Pondok Perdana.

“Bagaimanapun aktiviti kerohanian dan dakwah untuk anak-anak seperti kem solat, kursus pengurusan jenazah, kuliah agama, kelas al-Quran dan tafsir tetap diteruskan sebagaimana sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, Pusat Dakwah Jeli kini dinamakan sebagai Pondok Perdana Darul Naim sejajar dengan pertukaran pihak pengurusan pusat berkenaan.

 

Sumber : Sinar Harian

Klik Pautan : https://bit.ly/2UgUWJ8

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *