Kunjung hormat Pondok Perdana dengan YAB MB Kelantan

Satu kunjung hormat yang diketuai oleh Pengerusi Pertubuhan Pondok Perdana, Prof E.Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid ke atas YAB MB Kelantan Datuk Ahmad Yakob telah diadakan pada 12 Ogos 2018 di Pejabat Menteri Besar Kelantan Kota Darul Naim.

Pertemuan ini bagi membincangkan hasrat dan juga cadangan Pertubuhan Pondok Perdana untuk membina Kampus Pondok Perdana Darul Naim di Kelantan.

YAB Menteri  Kelantan Datuk Ahmad Yakob amat mengalu-alukan hasrat ini dan bersedia untuk menyediakan kawasan tanah milik kerajaan negeri seluas 200 ekar untuk pembangunan kampus pondok ini.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Tan Sri  Dr Zulkurnain Awang dan Dato’ Abdul Halim Hamad iaitu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi JK Pemandu Pondok Perdana Darul Naim.

 

Klik Pautan : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=105174013778355&id=100028572696686

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *