JOM BERINFAQ KE PERTUBUHAN PONDOK PERDANA

Jom kenali Pertubuhan Pondok Perdana yang diinisiatifkan penubuhannya oleh Majlis Dakwah Negara (MDN)-YADIM pada Februari 2017 atas usahasama Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pertubuhan Pondok Perdana ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 23 Jun 2017. Pertubuhan ini bernaung di bawah Majlis Dakwah Negara. Ianya dipengerusikan oleh Prof. Emeritus Dato’Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid, juga merupakan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN).

Matlamat dan objektif penubuhannya ialah :
Membina dan mengendalikan Pusat-Pusat Pengajian Pondok Moden di setiap negeri sebagai model kepada Pondok-Pondok Pengajian yang sedia ada dengan nama institusinya PONDOK PERDANA bagi memartabatkan sistem pengajian pondok di negara ini tanpa meminggirkan ciri-ciri pengajian tradisionalnya berteraskan kepada sistem pengajian talaqqi yang menggunakan kitab-kitab turath. Pondok Perdana ini akan mengintegrasikan sistem pengajian tradisional, kemahiran hidup dan juga kemahiran teknikal.

MATLAMAT & OBJEKTIF PENUBUHAN PERTUBUHAN PONDOK PERDANA

1. Membangunkan sebuah Institusi Pengajian Islam iaitu Pondok Perdana yang mengintegrasikan kecemerlangan pendidikan tradisional dengan pendidikan moden yang lebih profesional.

2. Menguruskan pembinaan kampus-kampus cawangan Pondok Perdana di setiap negeri di Malaysia dengan membina satu institusi pondok bagi satu negeri sebagai model Pondok Moden dengan kerjasama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri.

3. Menjadi badan pemudah cara dan penyelaras kepada badan-badan korporat serta individu korporat yang berhasrat untuk melabur dan berinfaq serta berwaqaf untuk pembangunan pendidikan Islam berkonsepkan pengajian pondok moden untuk amal jariah.

JOM !!!!! Sertailah usaha kami dengan menyumbang seikhlas hati di “TABUNG INFAQ PONDOK PERDANA”.

Cara Infaq :
Layari https://pondokperdana.com.my/ dan klik sumbangan dana
Bankin ke akaun Tabung Infaq Pondok Perdana Maybank 566010627805

Maklumat lanjut sila hubungi Kapten Shamsuddin Moner ditalian 0133464005 atau Whatsapp di www.wasap.my/60133464005

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *