Tiga inisiatif pertingkat kolej komuniti

Kolej Komuniti telah menjadi jenama yang sinonim dengan pendidikan dan latihan kemahiran kepada komuniti di samping menjadi penggerak utama kepada inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi memastikan pembangunan Kolej Komuniti terus diperkukuhkan, KPM telah memperkenalkan tiga inisiatif baharu buat Kolej Komuniti. Inisiatif pertama ialah Program ACES. Inisiatif ini terbuka kepada komuniti dan pelajar lepasan menengah melalui empat bentuk laluan baharu iaitu Apprenticeship, Professional Certification, Entrepreneurship dan Sijil Kolej Komuniti. Melalui inisiatif ini KPM menjalinkan kerjasama dengan syarikat Segi Seri Sdn Bhd.

Inisiatif kedua ialah Maker Market yang merupakan satu ruang pembelajaran abad ke-21 berkonsepkan ruang kerja kolaboratif dalam kolej komuniti bagi membolehkan pengguna mempelajari sesuatu melalui reka cipta dan kerjasama dengan komuniti serta industri. Maker Market akan menjadi pusat penganjuran pertandingan bercirikan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) dan terbuka untuk dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat. Untuk inisiatif ini, KPM menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan ME.REKA.

Inisiatif yang ketiga pula dinamakan sebagai Pondok Perdana dan ia bertujuan memperkasa dan menambah nilai kemahiran kepada pelajar pondok melalui pelbagai program yang lebih berstruktur. Melalui inisiatif ini, KPM yakin mampu meningkatkan kemahiran TVET kepada pelajar pondok dan mereka akan diberikan peluang untuk mengikuti pengajian di peringkat sijil atau diploma di Kolej Komuniti Jeli atau Politeknik Jeli. Bagi inisiatif ini, KPM menjalankan kerjasama dengan Pertubuhan Pondok Perdana.

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/tiga-inisiatif-pertingkat-kolej-komuniti-1.889293

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *