MAJLIS PECAH TANAH PROJEK KAMPUS PONDOK PERDANA KG AWAH pada 27 Ogos 2019

CHENOR : Tarikh 8 Ogos 2019 menjadi salah satu dari tarikh penting bagi Pondok Perdana. Pondok Perdana sememangnya serius dan komited untuk mencapai objektif pembinaan Kampus Pondok Perdana Kg Awah, Chenor

Satu program telah diatur dengan mengadakan Lawatan Tapak Kampus Pondok Perdana Kg Awah: Kg Awah, Chenor baru-baru ini.

Lawatan Tapak ini telah disertai oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Maran En Ahmad Nasim bin Mohd Sidek dan beberapa ketua agensi kerajaan Daerah Maran.

Pihak Pondok Perdana memaklumkan lawatan ini juga adalah sebagai persediaan awal untuk MAJLIS PECAH TANAH PROJEK KAMPUS PONDOK PERDANA KG AWAH yang akan dilakukan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang pada 27 Ogos 2019 nanti.

Turut hadir bersama mengiringi delegasi ini ialah Dato Arifin Ismail yang mewakili  Jawatakuasa  Pembangunan Pondok Perdana Darul Makmur

 

HULURKAN SEDEKAH JARIAH KE TABUNG INFAQ PONDOK PERDANA DI MAYBANK ISLAMIC: NO.AKAUN- 5660 1062 7805

Klik : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=228063414822747&id=100028572696686

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *