Team MRA Prima selaras pengumpulan Dana Infaq melalui laman sesawang

PUTRAJAYA : Semalam (12 Mac 2019) berlaku satu perjumpaan khas oleh Team MRA Prima Sdn Bhd bersama Kapt (B). Shamsuddin Moner selaku Pengarah Projek, Pembangunan Kompleks Komuniti Tahfiz Dan Pusat Konvensyen Dar As-Salam yang diadakan di Putrajaya.

Team MRA Prima Sdn Bhd yang diketuai oleh En. Radhi akan menyelaraskan pengumpulan Dana Infaq bagi mempastikan projek pembangunan Kompleks Komuniti Tahfiz Dan Pusat Konvensyen Dar As-Salam dapat dimulakan dalam tempoh perancangan. Pertemuan ini telah memberikan satu kesempatan diantara kedua belah pihak meningkatkan persefahaman dan meningkatkan komitmen masing-masing.

Sebelum ini Pondok Perdana menyatakan di laman facebook rasminya,  penubuhan satu laman website khas untuk projek Kompleks Dar Assalam. Website ini bertujuan untuk mempromosi usaha kami kepada orang awam untuk rayuan mendapatkan dana infaq sedekah jariah untuk projek ini.

Pertubuhan Pondok Perdana yang dipengerusikan oleh Prof. Emeritus Dato’Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid ditubuhkan  oleh Majlis Dakwah Negara (MDN)-YADIM pada Februari 2017 atas usahasama Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi bernaung di bawah Majlis Dakwah Negara.

Pondok Perdana ditubuhkan sepenuhnya berasaskan wakaf dan dibiayai menerusi sumbangan dana orang ramai serta badan korporat  dan memerlukan sekurang-kurangnya 80 hektar tanah secara berasingan di seluruh negara bagi menyempurnakan pelan pembangunan kampus Pondok Perdana pada masa depan.

Pusat-Pusat Pengajian Pondok Moden di setiap negeri akan menjadi sebagai model bagi memartabatkan sistem pengajian pondok di negara ini tanpa meminggirkan ciri-ciri pengajian tradisionalnya berteraskan kepada sistem pengajian talaqqi yang menggunakan kitab-kitab turath. Malah Pondok Perdana ini berusaha mengintegrasikan sistem pengajian tradisional, kemahiran hidup dan juga kemahiran teknikal.

 

Untuk keterangan lanjut mengenai projek ini dan bagaimana cara  untuk menyumbang sila layari di:

http://darassalammdn.com/wp/

JOM !!!!! Sertailah usaha kami dengan menyumbang seikhlas hati di “TABUNG INFAQ PONDOK PERDANA”.

Cara Infaq :
Layari https://pondokperdana.com.my/ dan klik sumbangan dana bank in ke akaun
Tabung Infaq Pondok Perdana
Maybank Islamic
No. A/c : 566010627805

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *