Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Hartanah Pondok Perdana

SHAH ALAM : Pertubuhan Pondok Perdana (Pondok Perdana)  yang dipengerusikan oleh Prof Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid sentiasa komited dalam membangunkan Pondok Perdana ini ke tahap yang tertinggi. Pondok Perdana mempunyai matlamat dan objektif yang sangat jelas.

Ini termasuklah akan menguruskan pembinaan kampus-kampus cawangan Pondok Perdana di setiap negeri di Malaysia dengan membina satu institusi pondok bagi satu negeri sebagai model Pondok Moden dengan kerjasama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri.

Pada 10 Mac 2019, satu  Mesyuarat JK Pembangunan Hartanah Pondok Perdana telah diadakan di bilik mesyuarat Masjid Baitul Mahabah,  Seksyen 27 Shah Alam, Selangor.  Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Prof Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid  ini juga turut dihadiri oleh Prof Dato’ Dr Torla bin Hasan, Pengerusi JK Pembangunan Hartanah Pondok Perdana

Pondok Perdana ditubuhkan sepenuhnya berasaskan wakaf dan dibiayai menerusi sumbangan dana orang ramai serta badan korporat dan memerlukan sekurang-kurangnya 80 hektar tanah secara berasingan di seluruh negara bagi menyempurnakan pelan pembangunan kampus Pondok Perdana pada masa depan.

Daripada jumlah itu, 12 hektar digunakan bagi tujuan pembangunan bandar ilmu dan kompleks pengajian. Manakala 16 hektar untuk pertanian serta penternakan dan 4 hektar untuk bengkel kemahiran dan teknikal. Seterusnya 6 hektar lagi untuk tujuan sukan dan rekreasi dan 2 hektar untuk kawasan perkuburan. Baki selebihnya akan digunakan untuk sebarang aktiviti komersial Pondok Perdana pada masa depan.

Buat permulaan, Pondok Perdana menyasarkan penubuhan pondok di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

JOM !!!!! Sertailah usaha kami dengan menyumbang seikhlas hati di “TABUNG INFAQ PONDOK PERDANA”.

Cara Infaq :
Layari https://pondokperdana.com.my/ dan klik sumbangan dana bank in ke akaun
Tabung Infaq Pondok Perdana
Maybank Islamic
No. A/c : 566010627805

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *