SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 1441H/2020M

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 1441H/2020M

Alhamdulillah akhirnya bulan Ramadan berjaya dilalui dengan penuh kesabaran disamping berlakunya ujian pandemik Covid 19. Ramadan dan Aidilfitri kali ini pastinya meninggalkan pelbagai kenangan kepada diri.

Untuk pertama kalinya, Ramadan dan Aidilfitri dilalui dank sambut dengan normal baharu yang sangat berbeza daripada biasa.

Tiada kunjungan sanak saudara, balik ke kampung yang merentasi negeri, tiada majlis-majlis rumah terbuka.

Walaubagaimanapun yang tidak berubah dan kekal diamalkan ialah saling memohon dan menghulurkan kemaafan sesama insan.

Memohon maaf dan memberi kemaafan adalah satu keindahan.

Oleh itu Barisan Pengurusan dan seluruh Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Pondok Perdana (Pondok Perdana) juga TIDAK TERKECUALI memohon KEAMPUNAN DAN KEMAAFAN daripada sesiapa sahaja yang dikenali secara maya atau alami atas segala kekurangan.

Teruskan patuhi segala arahan pihak berkuasa dalam memutuskan rantaian Covid 19 dan mengembalikan negara kita kepada normal.

Salam Aidilfitri

Prof Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid Pengerusi Pertubuhan Pondok Perdana dan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN)

#stayathome
#kitajagakita
#pertubuhanpondokperdan
#pondokperdana

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *