PERKEMBANGAN PROJEK PONDOK KAMPUNG AWAH PAHANG

PERKEMBANGAN PROJEK PONDOK KAMPUNG AWAH PAHANG

Pihak Pertubuhan Pondok Perdana (Pondok Perdana) ingin memaklumkan perkembangan semasa di tapak projek Pondok Kampung Awah Pahang.

Menurut sumber terdekat, pada masa ini telah dilakukan kerja-kerja pemasangan pili paip untuk disambungkan dari jalan utama ke gerai Majlis Daerah Maran di Kampung Awah, Pahang (Kampus Sementara Pondok Perdana Kampung Awah).

Pemasangan ini telah dilaksanakan oleh pekerja PAIP Maran pada 5 Jun 2020 dan hanya menunggu proses pemasangan meter air yang dijangka dipasang pada minggu hadapan.

Selain itu, pemasangan meter elektrik TNB juga sedang dalam proses.

Selepas selesai urusan penyambungan air dan elekrik nanti, Pondok Perdana akan mengadakan aktiviti gotong royong untuk pembersihan kawasan dan bangunan.

Pihak Pondok Perdana mengucapkan terima kasih kepada semua penderma-penderma yang selama ini telah menyumbang ke Tabung Infaq Pertubuhan Pondok Perdana.

HULURKAN JARIAH ANDA KE TABUNG INFAQ PONDOK PERDANA DI

CIMB BANK : NO. AKAUN – 8603179439
BANK MUAMALAT : NO.AKAUN-0604 0000 771715

(Jom LIKE & FOLLOW Page Pertubuhan Pondok Perdana))

#pertubuhanpondokperdana #pondokperdana

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *