PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN INFRA DAN BAIK PULIH PONDOK PERDANA DARUL MAKMUR (PPDM)  KAMPUNG AWAH, MARAN PAHANG

PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN INFRA DAN BAIK PULIH PONDOK PERDANA DARUL MAKMUR (PPDM)  KAMPUNG AWAH, MARAN PAHANG

Pertubuhan Pondok Perdana (Pondok Perdana) membawakan kepada semua perkembangan infrastruktur di Kampus Sementara PPDM Kampung Awah.

1. Jalan alternatif berhampiran tapak PPDM Kampung Awah laluan ke Felda Kampung Awah telah mendapat kelulusan untuk dinaik taraf dari jalan tanah ke premix. Segala kerja-kerja berkaitan akan dilaksanakan secepat mungkin.

2.  Kerja baik pulih Kampus Sementara PPDM Kampung Awah juga sedang disiapkan dan operasi pengajian pondok boleh di mulakan.

 

 

3. Pemasangan  papan tanda Kampus Sementara PPDM Kampung Awah di tepi jalan utama.

Pihak Pertubuhan Pondok Perdana (Pondok Perdana) menzahirkan terima kasih kepada semua pihak berkuasa yang terlibat dalam penambah baikan ini seperti Tenaga Nasional Berhad dan Majlis Daerah Maran Pahang dan kepada semua penyumbang jariah untuk pembangunan Pondok Perdana.

Sumbangan ini sangat memberi manfaat kepada pergerakan aktiviti-aktiviti untuk kemajuan Pondok Perdana yang sentiasa komited melahirkan generasi muda yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi. Sokongan masyarakat terhadap Pondok Perdana sentiasa dialu-alukan dan dihargai.

HULURKAN JARIAH ANDA KE TABUNG INFAQ PONDOK PERDANA DICIMB BANK : NO. AKAUN – 8603179439
MAYBANK ISLAMIC: NO.AKAUN- 5660 1062 7805
BANK MUAMALAT : NO.AKAUN-0604 0000 771715

(Jom LIKE & FOLLOW Page Pertubuhan Pondok Perdana))

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *