KERJA PEMBAIKAN DI KAMPUS PONDOK PERDANA KAMPUNG AWAH PAHANG

KAMPUNG AWAH : Pertubuhan Pondok Perdana (Pondok Perdana) bermula 23 Jun 2020 yang lalu telah memulakan aktiviti baik pulih dan gotong royong di bangunan Kampus Sementara PPDM Kampung Awah. Aktiviti ini diketuai oleh Kapten (B) Shamsudin Moner dan disertai beberapa sukarelawan.

Antara yang telah dijalankan ialah penebangan dan pembersihan  sekeliling bangunan dan kawasan sekitarnya, cucian dalam bangunan dengan memggunakan waterjet bagi mencuci lantai dan tandas. Selain itu, tandas dan pendawaian aliran elektrik juga telah diperbaiki.

Pihak Pertubuhan Pondok Perdana (Pondok Perdana)  menzahirkan  terima kasih kepada pihak Tenaga Nasional Berhad dan Majlis Daerah Maran Pahang dan    kepada semua penyumbang jariah untuk pembangunan Pondok Perdana.

Sesungguhnya sumbangan ini sangat memberi manfaat kepada pergerakan aktiviti-aktiviti untuk kemajuan Pondok Perdana yang sentiasa komited melahirkan generasi muda yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi. Sokongan masyarakat terhadap Pondok Perdana sentiasa dialu-alukan dan dihargai.

HULURKAN JARIAH ANDA KE TABUNG INFAQ PONDOK PERDANA DICIMB BANK : NO. AKAUN – 8603179439
MAYBANK ISLAMIC: NO.AKAUN- 5660 1062 7805
BANK MUAMALAT : NO.AKAUN-0604 0000 771715
(Jom LIKE & FOLLOW Page Pertubuhan Pondok Perdana))

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *