PERBINCANGAN DUA HALA PONDOK PERDANA DAN YAYASAN PEMBANGUNAN PONDOK MALAYSIA

 

SHAH ALAM : Hari ini 10 Januari 2019 bersamaan hari Khamis adalah bersejarah kepada Pertubuhan Pondok Perdana.

Pondok Perdana telah mengadakan perbincangan dua hala dengan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPMM).

Perbincangan ini juga bagi mengetahui dan mengenalpasti skop, peranan dan tugas masing-masing yang boleh disinergikan untuk mewujudkan persefahaman dalam memperkasa institusi pondok di negara ini.

Pada pertemuan ini, Pondok Perdana diwakili oleh Prof Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang, Prof Madya Dr Ruzman Md Noor dan Hj Nordin Mahamud.

Manakala di pihak YPPM diwakili oleh Dato’ Dr Masitah Ibrahim serta beberapa orang pimpinan lembaga pegang amanah YPMM.

Perbincangan dan pertemuan ini sememangnya sangat bermakna kepada pembangunan pondok di Malaysia

Klik Pautan : https://www.facebook.com/100028572696686/posts/169252600703829/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *