MESYUARAT KHAS PONDOK PERDANA DENGAN MENTERI PENDIDIKAN DR. MASZLEE MALIK

PUTRAJAYA : 8 Januari 2019, Pertubuhan Pondok Perdana (PPP) yang dipengerusikan oleh Prof Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid telah mengadakan Mesyuarat Khas dgn YB Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

Mesyuarat ini bagi membincangkan program berkembar Pondok Perdana dengan Politeknik untuk kursus persijilan dan diploma politeknik yang berkaitan dgn TVET kepada pununtut pengajian Pondok Perdana yang akan memulakan sesi pengambilan pelajar sulongnya Julai 2019.

YB Menteri pada dasarnya telah menyatakan persetujuan dan juga sokongan penuh atas inisiatif Pondok Perdana untuk jalinkan program pengajian berkembar dengan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti KPM (JPPKK).

“Buat permulaan, Pondok Perdana akan melakukan kolaborasi bersama-sama Politeknik Jeli dan Politeknik Tanah Merah bagi melaksanakan Program Diploma Pondok dan TVET” ujar Dr. Maszlee Malik.

Turut hadir dalam mesyuarat khas ini ialah Tan Sri Dr Zulkurnain, Ahli JK Tertinggi Pondok Perdana (Mantan KSU KPM), Dato’ Ketua Pengarah JPPKK dan pimpinan tertinggi PPP serta para pegawai kanan JPPKK.

JPPKK dan PPP akan meneruskan perundingan dan perbincangan lanjut atas mandat dan kelulusan dasar YB Menteri Pendidikan ini untuk gerak kerja dan pelan tindakan pengurusan dan pengoperasiannya dalam masa terdekat hingga ianya direalisasikan nanti.

Klik Pautan : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=168599287435827&id=100028572696686

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *