JOM BERINFAQ DI WEBSITE PROJEK KOMPLEKS DAR ASSALAM

Pertubuhan Pondok Perdana (Pondok Perdana) telah menubuhkan satu laman website khas untuk projek Kompleks Dar Assalam iaitu salah satu projek yang sedang dalam perancangan pembangunan oleh Pertubuhan Pondok Perdana.

Website ini bertujuan untuk mempromosi usaha kami kepada orang awam untuk rayuan mendapatkan dana infaq sedekah jariah untuk projek ini.

Pertubuhan Pondok Perdana yang diinisiatifkan penubuhannya oleh Majlis Dakwah Negara (MDN)-YADIM pada Februari 2017 atas usahasama Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi bernaung di bawah Majlis Dakwah Negara.

Ianya dipengerusikan oleh Prof. Emeritus Dato’Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid, juga merupakan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN).

Pusat-Pusat Pengajian Pondok Moden di setiap negeri akan menjadi sebagai model bagi memartabatkan sistem pengajian pondok di negara ini tanpa meminggirkan ciri-ciri pengajian tradisionalnya berteraskan kepada sistem pengajian talaqqi yang menggunakan kitab-kitab turath.

Selain itu Pondok Perdana ini akan mengintegrasikan sistem pengajian tradisional, kemahiran hidup dan juga kemahiran teknikal.

Untuk keterangan lanjut mengenai projek ini dan bagaimana cara tuan/puan untuk menyumbang sila layari di:

http://darassalammdn.com/wp/

Klik pautan : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=186986358930453&id=100028572696686

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *