MESYUARAT WORKING GROUP “KURIKULUM PONDOK PERDANA MDN DAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

PUTRAJAYA : Pertubuhan Pondok Perdana terus mengatur langkah menyusun Kurikulum Pondok Perdana.

Pada 4 Mac 2019 telah diadakan Mesyuarat Working Group berkaitan kurikulum Pondok Perdana MDN dan Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK).

JPPKK diketuai oleh Puan Zainab, Pengarah Kanan Kurikulum untuk mendokumentasikan kerjasama Pondok Perdana MDN & JPPKK serta mempertimbang cadangan bentuk kurikulum yang sesuai untuk diintegrasikan dengan pengajian di Pondok Perdana.

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui JPPKK, sebenarnya telah menyediakan terlalu banyak kemudahan dan peluang untuk memajukan anak-anak muda dalam kerjaya berkemahiran tinggi dari program bersifat persijilan melalui program pengajian sepanjang hayat, sijil dan diploma hinggalah ke program sarjana muda.

Bertujuan memberi peluang kepada masyarakat untuk berdikari dan keluar dari lingkaran kemiskinan serta hindari gejala yang negatif.

Peluang membina diri, sikap dan halatuju hidup yang lebih jelas.

Allah tidak mengubah hidup sesuatu bangsa nelainkan mereka sendiri berusaha mengubahnya.

Mesyuarat ini menjadi bukti komitmen Pondok Perdana untuk menjadikan pengajian pondok sebagai platform membina pendidikan anak bangsa kita.

KLIK PAUTAN : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1919032854872157&id=100002963843987

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *