BUKIT BUNGA : Pertubuhan Pondok Perdana (Pondok Perdana) sentiasa komited dalam menjadikan institusi Pondok Perdana Bukit Bunga sebagai pencetus inisiatif baru dalam memperhebatkan pelajarnya.
Pondok Perdana Bukit Bunga yang telah memulakan pengajian pertamanya dengan pengambilan 5 orang pelajar pada 2 September 2019 yang lalu, menggunakan inisiatif ZIARAH KELUARGA ARAB untuk pengukuhan Bahasa Arab pelajarnya.
Hakikatnya penguasaan Bahasa Arab hanya boleh tercapai dengan jayanya melalui PRAKTIK DAN AMALI. Jika hanya bersandarkan kepada pengajian dalam kuliah sahaja, ianya sukar untuk berjaya.
Kaedah ini telah dipraktikkan terhadap 3 pelajar Pondok Perdana Bukit Bunga ini.
Mereka terdiri daripada Muhammad Loqman, Ahmad Termidzi dan Muhammad Hazim yang juga merupakan Perinyis awal pengajian di Pondok Perdana Bukit Bunga ini.
Manakala keluarga En Amin Al Qadiri telah dipilih sebagai Keluarga Perintis untuk menjayakan inisiatif ini.
Dalam ziarah tersebut, para pelajar ini menggunakan Bahasa Arab sepanjang berada dirumah keluarga tersebut.
Walaupun ada kesukaran pada awalnya namun dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka bertiga ini telah menunjukkan beberapa petanda kemajuan dalam diri masing-masing.
Pengerusi Pertubuhan Pondok Perdana Professor Emeritus Dato Dr Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid menyifatkan tiada istilah sukar untuk berjaya. Sebaliknya dengan kesungguhan dan semangat patuh kepada setiap modul yang disusun pasti memberikan kejayaan luar biasa.
Beliau juga yakin Program Ziarah Ke Keluarga Arab ini berobjektifkan menambahkan keyakinan para pelajar bertutur dalam Bahasa Arab sebagai bahasa kedua.
Kejayaan Pondok Perdana Bukit Bunga memulakan program pengajian pra yang menawarkan Kursus Kemahiran Bahasa Arab Dan Bahasa Inggeris itu, dilihat akan menjadi salah satu institusi yang berupaya menggembeling potensi para pelajar untuk keperluan negara pada masa hadapan.
HULURKAN SEDEKAH JARIAH KE TABUNG INFAQ PONDOK PERDANA DI MAYBANK ISLAMIC: NO.AKAUN- 5660 1062 7805