Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif  Yayasan Pahang Kunjungi Pertubuhan Pondok Perdana

 

Pertubuhan Pondok Perdana (Pondok Perdana)  berhasrat membangunkan  sebuah Institusi Pengajian Islam iaitu Pondok Perdana yang mengintegrasikan kecemerlangan pendidikan tradisional dengan pendidikan moden yang lebih profesional.

Baru-baru ini, Pondok Perdana telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif  Yayasan Pahang.

Pertemuan ini adalah dalam rangka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan  Pondok Perdana serta bertukar pandangan mengenai pembangunan pengajian Turath di Negeri itu.

Pengajian Kitab Thurath yang menjadi sebahagian daripada pengisian program pendidikan Pondok Perdana adalah menjurus kepada pengajian yang lebih kearah profesional.

Selain dari itu juga, pihak Yayasan Pahang juga menjemput Pengerusi Pertubuhan Pondok Perdana Prof Emeritus Dato Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid untuk melakukan lawatan ke  Yayasan Pahang  pada bulan November ini.

Pertemuan ini adalah penting untuk  meneruskan usaha membangunkan Pondok Perdana. Ini kerana proses bertukar- tukar fikiran dengan lebih lanjut dapat dilakukan dengan Ketua Pegawai Eksekutif  Yayasan Pahang.

Turut hadir bersama Pengerusi Pertubuhan Pondok Perdana Prof Emeritus Dato Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid ialah ialah Prof Madya Dr Ruzman yang mewakili pihak Pembangunan Akademik Pondok Perdana.

Kunjungan ini hakikatnya mampu menyebar luas segala program-program pendidikan yang dijalankan oleh Pondok Perdana menjadi lebih meluas.

 

HULURKAN SEDEKAH JARIAH KE TABUNG INFAQ PONDOK PERDANA DI

MAYBANK ISLAMIC: NO.AKAUN- 5660 1062 7805

BANK MUAMALAT : NO.AKAUN-0604 0000 771715

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *