TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG MENDUDUKI SIJIL PELAJARAN PERSEKOLAHAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2019

 

Pihak Pertubuhan Pondok Perdana mengucapkan TAHNIAH kepada semua pelajar yang telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dan yang kurang cemerlang dalam Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019.

Seramai 8,867 calon mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh semua A dalam semua pelajaran pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 berbanding 8,436 calon pada tahun 2018.

Walaubagaimanapun langkah masa hadapan masih panjang. Teruslah memperbaiki diri agar lebih cemerlang kepada semua pelajar. Tiada istilah gagal bagi orang yang ada cita-cita untuk berjaya. Berfikirlah secara positif untuk kerarah yang lebih realistik serta gandakan usaha dan sentiasalah berdoa kepada Allah.

Semoga Allah mempermudahkan segalanya.

Daripada
Prof Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid
Pengerusi Pertubuhan Pondok Perdana

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *