SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU

Pertubuhan Pondok Perdana (Pondok Perdana) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua pendidik yang selama ini telah menyumbangkan keringat membentuk legasi dan generasi demi masa hadapan.

Guru-guru tetaplah ianya seorang guru, biarpun hanya berkhidmat di peringkat tadika atau prasekolah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Tanpa pendidikan awal maka tiadalah langkah seterusnya hingga mencapai kejayaan yang gemilang.

Kepada para pelajar pula sentiasalah menghormati seorang guru yang pernah membimbing kita. Merekalah pelita atau lilin yang menyinarkan cahaya demi pembentukan diri dalam kehidupan ini.

Pondok Perdana mengucapkan terima kasih juga kepada semua yang pernah bergelar seorang guru serta teruskanlah membimbing anak bangsa agar menjadi pelapis masa hadapan yang berciri kepimpinan serta cemerlang.

Daripada
Prof Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid
Pengerusi Pertubuhan Pondok Perdana

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *