PAHANG : Pondok Perdana Kampung Awah akan memulakan proses pecah tanah di Chenor, Maran, Pahang.
Mesyuarat JK Pembangunan Projek Membina Kampus Pondok Perdana Darul Makmur-Kampus Kampung Awah telah memutuskan untuk memulakan proses kerja pecah tanah dalam masa terdekat iaitu dalam masa dua bulan ini.
Rundingan telah diadakan dengan Tuan Tanah yang berdekatan untuk memberi izin kepada Pondok Perdana membina jalan laluan masuk ke tapak projek.
YH Dato’ Mohd Arifin Ismail, Timbalan Pengerusi JK Pembangunan telah diberi tanggungjawab untuk menyelaraskan kerja-kerja proses pecah tanah dan membina jalan laluan masuk ini.
Perbincangan juga telah diadakan dengan Setiausaha Majlis Daerah Maran untuk meminta nasihat dan juga khidmat sokongan bagi pelaksanaan ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YH Dato’ Ahmad Munawar Abd Jalil turut bersetuju agar satu papan tanda besar untuk mengiklan projek ini kepada awam di jalan utama Temerloh-Maran di simpang tiga laluan masuk ke tapak projek ini hendaklah dibina.
Kerja-kerja ini akan disempurnakan sebelum 15 Mac 2019.
Sementara itu YAA Dato’ Sri Hj Abd Rahman Md Yunus, Penasihat JK Pembangunan Projek yang juga Ketua Hakim Syar’ie Negeri Pahang yang turut hadir dalam mesyuarat ini menyatakan kesediaan beliau untuk membantu Pondok Perdana.
Ianya terutama berurusan dengan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam hal dan perkara berkaitan yang memerlukan kepada sokongan dan kelulusan pihak MUIP.
Klik Pautan : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=171765723785850&id=100028572696686