PPDM KAMPUNG AWAH MULAKAN SESI PENGAJIAN KALI PERTAMA

Maran, Pahang – pada hari ini 7 Mac 2021 telah mencipta sejarah tersendiri kepada Pondok Perdana Darul Makmur, Kampus Kampung Awah (PPDM Kampung Awah).

Kelas pada hari ini adalah meliputi Pengajian Darul Tafsir & Hadis kepada semua muslimin dan muslimat dan dijalankan secara daurah. Saat selesai kelas pertama ini, didapati ada golongan dewasa dari kalangan Mantan Yang Berhormat telah menemui urus setia bertanyakan tentang kelas pengajian ini.

Pada masa ini pihak PPDM Kampung Awah sedang berusaha untuk membolehkan sekitar 20 orang peserta menghadiri kelas pada setiap sessi.

Satu insiatif awal telah diambil dengan mengadakan perbincangan awal dengan Setiau Usaha Majlis Daerah Maran yang turut hadir juga selepas selesai sesi pengajian.

Pihak Majlis Daerah Maran bersetuju untuk memasukkan cadangan pembesaran infra termasuk pembinaan pagar bangunan.

Kepada yang ingin mengaji dan terus menggali ilmu boleh menghubungi Ustaz Suhardiman 0139356596, Dr. Abu Bakar 0172960903 dan Saudara Jasrul 0199862427

Pertubuhan Pondok Perdana (Pondok Perdana) melalui Pondok Perdana Darul Makmur, Kampus Kampung Awah membuka Pengajian Darul Tafsir & Hadis kepada semua muslimin dan muslimat  pada setiap hari Ahad yang bermula dari 9.30 pagi hingga 12.30 Tengah Hari dan bertempat di Pondok Perdana Darul Makmur, Kampus Kampung Awah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *