PERBINCANGAN RASMI PONDOK PERDANA-KEM. PENDIDIKAN MALAYSIA

PUTRAJAYA : 4 Jan 2019, Jawatankuasa Pembangunan Akademik Pondok Perdana (JKPPP) yang diketuai oleh Prof Emeritus Dato’ Seri Dr Ir. Mashkuri Yakub serta beberapa orang ahli panel akademik telah mengadakan perbincangan rasmi dengan Ketua Pengarah Jab Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan, Prof Dato’ Ts Dr Mohd Ismail Abd Aziz.

Perbincangan dua hala ini bagi membentuk persefahaman dan kerjasama pintar dalam membangunkan kurikulum dan pengajian TVET untuk Pusat Pengajian Pondok Perdana yang sedang dalam proses untuk memulakan sesi pengajian pengambilan pelajar sulungnya di Kampus Bukit Bunga, Tanah Merah.

Pertemuan dan perbincangan ini telah membuahkan hasil positif dan persetujuan dasar daripada JKKPP Kementerian Pendidikan menawarkan program kemahiran tinggi kepada pelajar Pondok Perdana.

Satu dokumen hasrat kerjasama akan rangka untuk dikemukakan kepada YB Menteri Pendidikan dalam masa terdekat bagi memperincikan lagi bidang kerjasama yang melibatkan aspek:

1. Akademik- Kurikulum, Exam, Latihan Industri.

2. Pengambilan pelajar dan HEP- status pelajar yg berdaftar dengan 2 institusi dengan dwi persijilan.

3. Aspek perundangan- koordinasi TVET untuk libatkan Akta 174 dan Akta 550 bagi keperluan khusus kepada Pelajar pengajian Pondok Perdana.

4. Governance- organisasi dan akreditasi.

5. Working committe bersama.

6. Road map bagi pengambilan Pelajar Pondok Perdana pertama untuk program PONDOK-TVET bagi sesi Disember 2020.

Semoga program Pengajian Pondok Perdana yang diinisiatifkan penubuhannya oleh Majlis Dakwah Negara ini terus mendapat kerjasama dan pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan berjaya memartabatkan sistem pengajian pondok di negara ini.

Klik Pautan : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=167395480889541&id=100028572696686

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *