PENGUMUMAN : PENGAMBILAN PELAJAR ASASI PONDOK PERDANA DARUL NAIM

Pengumuman:

Permohonan adalah dipelawa kepada para pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya untuk memohon masuk ke program asasi Pondok Perdana bagi sesi Julai 2019 ini.

Pondok Perdana adalah sebuah Institusi Pengajian Islam Integrasi yang menggabungkan antara pengajian Klasik Islam dan Kemahiran Teknologi Moden bagi menyediakan siswazah yang bukan sahaja mampu berdikari dalam bidang ilmu dan kerjaya tetapi juga mampu menyediakan peluang kerja untuk orang lain.

Pengambilan berkenaan adalah bagi para pelajar Pra Pondok yang akan memulakan kursus mereka selama dua (2) tahun di Pondok Perdana Darul Naim, Kampus Bukit Bunga Tanah Merah, Kelantan.

Program Pra Pondok :

Ia mengambil masa selama dua (2) tahun pengajian ini akan diisi dengan Latihan Kemahiran Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Latihan ini akan dikelolakan oleh sekumpulan guru yang terlatih dan berpengalaman luas dalam bidang berkenaan.

Objektif yang hendak dicapai melalui program tersebut ialah untuk melahirkan para lulusan yang mahir dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris bagi melayakkan diri masing masing untuk mengikuti kursus selanjutnya di mana – mana rangkaian Pondok Perdana yang akan dikelolakan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Bagaimanapun bagi mereka yang mengambil keputusan untuk belajar di institusi lain, termasuk di luar negara tidak akan dihalang. Mereka berhak melakukannya atas keputusan sendiri seeudah memasuki ILTS, misalnya bagi Bahasa Inggeris dan peperiksaan khas Kementerian pelajaran bagi Bahasa Arab.

Pondok Perdana Darul Naim, Kampus Bukit Bunga adalah sebuah kampus berasrama penuh yang dilengkapi dengan bilik kuliah, asrama, surau, dewan persidangan, dewan besar, makmal komputer, cafeteria dan sebagainya.

Semua pelajar di sepanjang tempoh pengajian mereka dikehendaki tinggal sepenuh masa di kampus tersebut dan tidak dibenarkan tinggal diluar kampus.

Prospek Masa Depan :

Pondok Perdana adalah sebuah Institusi Pengajian Islam Integrasi yang menawarkan secara serentak Program Pengajian Ilmu Klasik Islam dengan Program Kemahiran Kerjaya dalam pelbagai bidang yang dipilih sendiri daripada senarai-senarai yang tersedia.

Kursus Pengajian Klasik Islam akan dilaksanakan dengan menggunakan method “talaqqi” atau tutorial, iaitu kaedah yang digunakan sejak zaman awal Islam lagi sehingga ke zaman kejatuhan Islam.

Kursus Kemahiran Kerjaya pula akan dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan melayakkan para pelajar untuk mendapat diploma dalam mana – mana bidang yang dipilih
sendiri oleh pelajar berkenaan dari senarai pengkhususan yang ditawarkan.

Antara contohnya ialah bidang agro- technology, pembuatan, penyediaan makanan dan sebagainya berasaskan persetujuan yang ditandatangani di antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pondok Perdana dari masa ke masa.

Dengan demikian para graduan nanti sesudah belajar selama 2+4 tahun di kampus berkenaan bukan sahaja memperoleh Ijazah Pengajian Klasik Islam tetapi juga satu Diploma Kemahiran Kerjaya dalam bidang yang dipilih sendiri daripada senarai kursus yang ditawarkan dari masa ke semasa.

Kelayakan Masuk :

Kelayakan asas bagi memasuki kursus tersebut ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 kredit dan lulus Bahasa Arab serta Bahasa Inggeris, atau yang setaraf dengannya.

Struktur Yuran:

Untuk mengikuti program kemahiran Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris ini setiap pelajar perlu tertakluk kepada kaedah yuran di bawah.

Bagi pelajar yang tidak mampu usaha sedang dibuat untuk membolehkan mereka mendapatkan bantuan zakat dari negeri masing masing dari peruntukan Asnaf.

Kaedah Yuran tersebut adalah seperti berikut:

1. Yuran semasa mula sessi pengajian dan pelajar baru:

1. Pendaftaran: 100.00
2. Tafakul: 8.00
3. Buku Peraturan: 5.00
4. Utiliti: 20.00
5. Kokurikulum: 20.00

Jumlah: 148.00

2. Yuran bulanan :

1. Yuran Pengajian:300.00
2. Yuran Makan: 200.00

Jumlah: 500.00

 

Cara Memohon :

Mereka yang berminat bolehlah mengemukakan permohonan dengan mengisi borang yang akan disediakan nanti.

Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan secara bertulis

atau melalui WhatsApp di https://chat.whatsapp.com/BbXZFi6uMU5K5StVSLzhI

Atau berhubung terus dengan:

1. Dr. Sa’dan
(mengenai akademik):
016- 5712035
2. Nor Zahirah
(Keadaan kampus):
019-2650959

Tarikh Tutup:

Tarikh tutup permohonan ialah pada 6.5.2019

Tarikh pendaftaran:

Pendaftaran masuk ialah pada 17. 6. 2019. Walau bagaimana pun jika berlaku perubahan, setiap calon yang berjaya akan diberi maklum.

 

Sumber :

Prof. Emiritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid. Pengerusi Pertubuhan Pondok Perdana.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *