PEMASANGAN KEMUDAHAN BEKALAN ELETRIK DI PONDOK PERDANA KAMPUNG AWAH

CHENOR : Pertubuhan Pondok Perdana (Pondok Perdana) hari ini terus komited dalam membangunkan Pondok Perdana Kampung Awah.

Satu lagi perkembangan infrastruktur telah dilaksanakan iaitu pemasangan tiang letrik

Dato Arifin Ismail telah mengetuai lawatan tapak dengan membawa kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memohon pemasangan tiang letrik dan sambungan kabel TNB ke kawasan tanah Kompleks Pondok Perdana Kampung Awah.

Tindakan ini adalah perlu terutamanya dalam melakukan persiapan Majlis Pecah Tanah oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang pada 27 Ogos 2019 ini.

Selain itu, kemudahan pemasangan tiang letrik serta penyambungan kabel ini akan memudahkan pihak kontraktor memulakan projek pembinaan ni nanti.

Sebelum ini kerja pembangunan telah memasuki kerja-kerja meratakan tanah dan menambak batu untuk jalan dan dataran di Tapak Projek Pondok Perdana Darul Makmur- Kampus Awah di Chenor, Pahang.

HULURKAN SEDEKAH JARIAH KE TABUNG INFAQ PONDOK PERDANA DI MAYBANK ISLAMIC: NO.AKAUN- 5660 1062 7805

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *