Pada 22 Dis 2018 telah diadakan aktiviti istimewa dan khas.
Sebahagian hasil sumbangan sedekah jariah yang diterima daripada orang ramai dan sedekah jariah kepada Pertubuhan Pondok Perdana telah dibelanjakan sebahagiannya untuk kerja-kerja menaik taraf bilik-bilik kuliah di Kampus Pondok Perdana Bukit Bunga, Tanah Merah.
Para Sukarelawan daripada YADIM dan Majlis Dakwah Negara telah berkampung selama 3 hari di Pondok ini untuk membantu kerja-kerja penyusunan dan pembersihan kawasan.
Bilik-bilik kuliah ini asalnya bilik penginapan asrama lelaki telah diubah suai menjadi bilik-bilik kuliah.
Pihak Pondok Perdana mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para penyumbang yang membantu selama ini.
Klik Pautan : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=162994117996344&id=100028572696686