KEM SMART SOLAT REMAJA PEREMPUAN DI PONDOK PERDANA JELI

Bermula pada 16-18 DIS 2018. Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli dengan kerjasama Pondok Perdana meneruskan lagi Kem Smart Solat Siri 2 khas untuk remaja perempuan sekitar Parlimen Jeli di Pondok Perdana Darul Naim-Kampus Bukit Bunga.

Untuk ptogram kali ini seramai 160 peserta telah hadir. Ianya melebihi sasaran asal  untuk 100 orang peserta saja.

Pengisian program ini mengikut modul yang sama seperti Kem Smart Solat Siri 1 pada 13-15 Disember yg lalu.

Lebih menarik kali ini Ketua Sekretariat Pondok Perdana Malaysia merangkap Pengarah Kanan Majlis Dakwah Negara, Kapt (B) Ust Shamsuddin Moner telah dijemput khas untuk menyampaikan ceramah motivasi kpd para peserta.

Penganjur berharap  kem smart solat ini akan diadakan lagi pada bulan Mac tahun 2019 akan datang sebagai program susulan.

Klik Pautan : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=161551401473949&id=100028572696686

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *