JPPKK SETUJU BEKERJASAMA LAKSANA MODUL ELEKTIF PROGRAM SARJANA MUDA PONDOK PERDANA

 

PUTRAJAYA : Pertubuhan Pondok Perdana (Pondok Perdana) dan Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Malaysia bakal mengadakan program Sarjana Muda.

Kedua-dua pihak telah pun bersetuju laksanakan modul elektif Program Sarjana Muda Pondok Perdana melalui Surat balas jawapan oleh Ketua Pengarah JPPKK Prof Dato’ TS DR MOHD ISMAIL BIN ABD AZIZ kepada Pengerusi Majlis Dakwah Negara/Pengerusi Pondok Perdana bertarikh 17 Disember 2018.

Pihak JPPKK memberitahu objektif pembangunan Pondok Perdana ini selaras dengan Aspirasi 1 Pelan Induk Pembelajaran Sepanjang Hayat 2017-2015 (PISH).

Hakikatnya penyertaan Maahad Tahfiz dan Sekolah Pondok dalam PISH telah pun bermula sejak 2014. PISH ini memfokuskan semua pelajar tahfiz dan pondok perlu memiliki kemahiran TVET dan keusahawanan.

Seterusnya sebagai langkah susulan, Jawatakuasa Akademik Pondok Perdana akan diwujudkan yang turut diwakili Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum (Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat) JPPKK iaitu Puan Noranyza binti Mohamad Yusoff dan Pondok Perdana diwakili oleh Prof. Emeritus Dato’ Seri Ir. Dr Mashkuri Yacob.

Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Ab Majid telah menyambut baik kesediaan pihak JPPKK, Kementerian Pendidikan untuk kerjasama ini dalam usaha untuk memartabatkan sistem pengajian pondok di Malaysia.

“Persetujuan pihak JPPKK untuk bekerjasama dengan Pondok Perdana ini bakal menjadikan pengajian pondok dinaik taraf dan Pondok Perdana akan menjadi model sistem pengajian pondok moden kepada pondok-pondok lain yang beroperasi di seluruh negara” ujarnya lagi.

 

Klik Pautan : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=163825711246518&id=100028572696686

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *