Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti bakal berkolaborasi dengan Pondok Perdana

Mesyuarat JK Pembangunan Akademik Pondok Perdana yang diadakan pada 19 Okt 2018 di APIUM, hakikatnya mahu membongkar potensi diri bakap para pelajar Pondok Perdana. Ini adalah langkah awal untuk membina kecemerlangan para pelajar itu nanti.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Prof Emeritus Dato’ Seri Dr Mashkuri Yacob.

Dalam mesyuarat ini wakil Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Puan Roswani telah menyatakan kesediaan Jabatan Politeknik Dan Kolej Komuniti untuk membantu Pondok Perdana menyediakan modul khas berkaitan dengan TVET.

Ini termasuklah dalam pengkhususan program-program Jahitan Fesyen, Bakeri atau Kulinari dan Penternakan. Semua kursus-kursus ini bagi melatih bakal para pelajar  Pondok Perdana nanti mahir dalam bidang teknikal dan vokasional.

 

Klik Pautan : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=135823977380025&id=100028572696686

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *