Jeli : 23 Nov 2018 (Jumaat) merupakan hari bersejarah bagi Pertubuhan Pondok Perdana. YB Dato Sri Mustapha Mohamad, Pengasas Pusat Dakwah Jeli di Bukit Bunga telah menyerahkan secara rasmi pusat dakwah ini. Ini adalah sumbangan sedekah jariah kepada Pertubuhan Pondok Perdana-Majlis Dakwah Negara (MDN).
Majlis penyerahan ini turu disaksikan oleh 300 orang tetamu jemputan. Ini termasuklah 40 orang pelajar Pondok Tahfiz Cek Deng, Narathiwat , Thailand.
Sebelum majlis serah terima ini telah diadakan Ceramah Maulidur Rasul oleh Prof Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, Pengerusi Pondok Perdana, Merangkap Pengerusi MDN. Prof Dato Dr Mahmood Zuhdi jug menjelaskan dalam syarahannya bahawa Pondok Perdana akan memulakan operasi menggunkan nama Pondok Perdana Darul Naim-Kampus Bukit Bunga.
Turut hadir di majlis itu ialah Dato’ Abdul Halim Hamad, Pesuruhjaya MDN Kelantan.
Klik pautan FB :https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=150491829246573&id=100028572696686