PENUBUHAN PONDOK PERDANA DARUL ULUM KAMPUS KUALA LUMPUR

 

Dimaklumkan, Pertubuhan Pondok Perdana (PPP), sesudah pun berjaya menubuhkan PONDOK PERDANA DARUL NAIM kampus Bukit Bunga (PPDNBB), dan sedang gigih membangunkan kampus keduanya PONDOK PERDANA DARUL MAKMUR kampus Temerloh.

Kini ia sedang merancang satu lagi kampus dalam konsep yang berbeza.

Kalau dua kampus di atas lebih bersifat Pondok Integrasi yang hanya menerima pelajar lepasan SPM, di kampus ketiga ini coraknya berbeza sedikit, iaitu lebih bersifst pondok tradisional yang akan membuka peluang kepada Pelajar Matang (Matured Students).

Satu perbezaan lain ialah dalam sistem biasa seperti di dua kampus di atas Siswa akan dilengkapkan dengan kemahiran bahasa arab dan bahasa inggeris, kemahiran menguasai persuratan klasik Ilmu Islam ( Classical literature of Islamic Knowledge), yang akan diuruskan oleh politeknik di bawah kementerian pelajaran. Serta kemahiran vokasional ( Vocational Skils) dalam bidang terpilih, dalam sistem khas ini hanya kemahiran menguasai persuratan klasik ilmu Islam (الادب التراثي للعلوم الاسلامية ) yang akan diberi tumpuan.

Selain itu dalam sistem biasa pelajar perlu berada dalam kampus tertutup sepenuh masa di mana aktiviti kurikulum dan ko- kurikulum diadakan samada di dalam atau di luar kampus, dalam sistem khas ini kaedah yang digunakan ialah kampus terbuka dimana aktiviti pembelajaran hanya akan berlaku di hujung minggu sahaja dengan jam pertemnongan yang jauh lebih rendah. Bagaimana pun ia akan diperkukuhkan dengan aktiviti belajar sendiri ( Independent learning) yang menggunakan berbagai method baru, terutama online learning program)

Hasil daripadanya masa yang akan diamnil untuk memperolehi Ijazah (الفاضل) jauh lebih lama berbanding dalam sistem biasa yang biasanya akan mengamnil masa selama enam tahun termasuk dua tahun peringkat asasi (Foundation) . Namun pelajar akan diberi peluang mendapat Syahadah (Statement) bagi setiap teks persuratan yang beliau telah mencapai kemahiran di dalam nya yang dipelajari secara “Talaqqi” (التلقي) ( Tutoring) dan diperiksa secara “ Tasmi’” (التسميع)( Viva).

Untuk mendapat ijazah alFadhil(الفاضل) melalui sistem khas ini pelajar perlu menghabiskan semua subjek dalam kerikulum samada secara “Talaqqi” dan “Tasmi” , atau secara “Tasmi’” sahaja. Selepas itu beliau perlu memasuki satu peperiksaan komprehensif (Comprehensive exam. الامتحان الشامل ) yang menggunakan kaedah “Ta’yin”. (Core Subject selection) .

 

Profesor Emiritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid

Pengerusi Pondok Perdana

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *