Sejarah tercipta pada jam 10.00 pagi bertarikh 22 Sep 2018 bersamaan hari Jumaat.
Satu Majlis Kunjung Menghadap pimpinan Majlis Dakwah Negara (MDN) ke atas KDYMM Sultan Terengganu di Istana Terengganu K.Lumpur pada jam 10.00 pagi bertarikh 22 Sep (Jumaat).
Perkara utama disembahkan kepada KDYMM Tuanku ialah cadangan MDN untuk mewujudkan Pondok Perdana Darul Iman di Terengganu.
KDYMM Tuanku memberi perkenan dan akan menitahkan MAIDAM untuk berbincang lanjut dengan MDN. Keduanya cadangan Panel Perunding Perpaduan Ummah MDN untuk menganjurkan Konvensyen Memperkukuh Institusi Beraja di Terengganu dengan keberangkatan Tuanku hadir bagi menyampaikan Titah Diraja dan perasmian.
KDYMM Tuanku juga berkenan untuk MDN anjurkan konvensyen memperkukuh Institusi Beraja di Terengganu.
Deligasi MDN yang hadri dalam Majlis Kunjung Menghadap ialah :
1. Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, Pengerusi MDN.
2. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Hj Abd Rahman Arshad, Tim. Pengerusi PPPU MDN.
3. Tan Sri Dato’ Seri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, Pengerusi JK Memperkukuh Institusi Raja2 PPPU MDN.
4. Tan Sri Dato’ Dr Mohd Yusof Noor, Penasihat Pondok Perdana MDN/ Pengerusi LEPAI.
5. Kapten Shamsuddin Moner, Pengarah MDN
6. Dr Masitah Esa, Setiausaha PPPU MDN
Klik Pautan : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=105667833728973&id=100028572696686