GOTONG ROYONG DI PONDOK PERDANA BUKIT BUNGA

Jeli : Kompleks Kampus Pondok Perdana Bukit Bunga telah dibersihkan secara gotong royong pada hari Sabtu bersamaan 10 November 2018. Gotong royong ini melibatkan beberapa pihak yang sama-sama komited mahukan kompleks ini bersih.

Aktiviti ini bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari. Program ini ini terajui oleh Sekretariat Majlis Dakwah Negara secara kolaborasi  dengan  Sahabat YADIM Universiti Malaysia Kelantan (UMK) .

Selainitu turut membantu menjayakan gotong royong ini ialah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Cawangan Jeli dan Jabatan Pertahana Awam (JPA3) Jeli serta Jawatankuasa Pondok Perdana Kampus Bukit Bunga.

Pihak Sekretariat Majlis Dakwah Negara mengucapkan terima kasih kepada smeua yang menjayakan gotong royong ini sama ada secara langsung atai tidak langsung.

 

Klik pautan ini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=145849289710827&id=100028572696686

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *