Datuk Che Yazid dan Datin Nurbaya menyumbangkan 2 EKAR TANAH UNTUK PONDOK PERDANA

Pada tarikh 6 Sep 2018 (Khamis) adalah hari yang penuh bersejarah kepada Pertubuhan Pondok Perdana.

Datuk Che Yazid bin Che Seman dan isterinya Datin Nurbaya telah menyumbangkan sebidang tanah miliknya seluas 2 ekar di Mukim Telong, Bachok, Kelantan sebagai sedekah jariah kepada Pertubuhan Pondok Perdana.

Sedekah jariah ini untuk dimajukan bagi menjana sumber kewangan jangka masa panjang bagi pengurusan Pondok Perdana Darul Naim yang bakal ditubuhkan di Kelantan.

Ketua Sekretariat Pondok Perdana Kapt (B) Shamsuddin Moner yang mewakili pimpinan Pondok Perdana telah berkunjung ke kediaman beliau di Taman Seri Gombak untuk menerima surat penyerahan rasmi daripada beliau kepada Pertubuhan Pondok Perdana.

Pertubuhan Pondok Perdana mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada  Datuk Che Yazid bin Che Seman dan isterinya Datin Nurbaya atas sumbangan ini.

 

Klik Pautan https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=105632417065848&id=100028572696686

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *