MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN PONDOK PERDANA KAMPUNG AWAH

Chenor, Pahang : Kampung Awah menjadi tempat bersejarah kepada perkembangan pendidikan pondok. Satu mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Pondok Perdana-Kampus Kg Awah, Maran telah diadakan buat pertama kalinya. Tarikh 13 November 2018 bersamaan hari Khamis bermula jam 10.30 pagi adalah hari bersejarah yang perli diingati sebagai memori perkembangan Pondok Perdana-Kampus Kg Awah, Maran.

YH Dato’ Ahmad Munawar bin Abd Jalil, Pengerusi JK Pembangunan Pondok Perdana-Kampus Kg Awah, Maran telah mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa ini.

Beberapa persetujuan dicpaai antaranya ialah penubuhan 2 task force  iaitu  Task Force pengumpulan dana tabung infaq yg dipengerusikan oleh Prof Dato’ Dr Ariff Osman dan Task Force Perancangan Pelan Pembangunan Kampus yg dipengerusikan oleh YH Dato’ Mohamed Arifin Ismail.

Satu pasukan yang ketuai  Eddy daripada Pasak Sdn Bhd turut ditugaskan untuk membantu melakukan gerak kerja promosi secara online bagi mendapatkan sumbangan dana.

Selepas mesyuarat ini ,Team Perunding Profesional satu lawatan tapak dibuat di kawasan  projek yang bertempat  Kg Awah sebagai tinjauan awal pembangunan kampus pondok perdana kg awah ini.

Klik Pautan : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=146581519637604&id=100028572696686

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *